Kehidupan awal Emmanuel_Macron

Emmanuel dilahirkan di Amiens anak kepada Françoise Macron (nama keluarga sebelumnya: Noguès), seorang doktor, dan Jean-Michel Macron, seorang profesor neurologi di Universiti Picardy.[3] Dibesarkan dalam keluarga bukan agama, beliau telah dibaptiskan sebagai seorang Roman Katolik atas permintaan sendiri pada usia 12.[4]

Beliau mendapat pendidikan kebanyakannya di Jesuites de la Providence lycée di Amiens[5] sebelum ibu bapanya menghantar beliau untuk menamatkan tahun terakhir di sekolah di elit sekolah tinggi Lycée Henri-IV di Paris. Beliau belajar Falsafah di Universiti Paris-Ouest Nanterre La Défense, mendapatkan ijazah DEA.[6]

Beliau memperolehi ijazah sarjana dalam hal ehwal awam di Science Po, sebelum menjalani latihan kerjaya perkhidmatan awam di École nationale d'administration (ENA) sehingga menamatkan pengajiannya pada tahun 2004.

Rujukan

WikiPedia: Emmanuel_Macron http://www.cosmopolis.ch/english/politics/e0016900... http://www.bbc.com/news/world-europe-37221446 http://www.bbc.com/news/world-europe-37994372 http://frenchmorning.com/en/hot-new-economy-minist... http://blogs.ft.com/brusselsblog/2017/01/12/valls-... http://www.linternaute.com/actualite/personnalites... http://www.msn.com/en-us/news/world/emmanuel-macro... http://tempsreel.nouvelobs.com/culture/portrait/20... http://www.sfchronicle.com/news/article/Anger-unde... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.c...